Kalau kita tanam taugeh,
memang besok atau lusa kita terus boleh mendapat hasilnya.
Bila
dah amik hasil, kita tanam lagi dan lagi.
Itulah yang kita buat setiap
hari (Pelan A) yang kita panggil pendapatan aktif.
Kita sanggup buat
hari2 kerana instant reward yang kita dapat
dan sebagai manusia biasa
kita sudah puas hati.
Dan betapa ramai orang di luar sana
yang mengaktifkan Pelan B
untuk menampung
perbelanjaan yang semakin tinggi akibat inflasi.
Tetapi yang silap
mereka memilih
untuk terlibat dalam menjana pendapatan aktif
seperti
perniagaan kecil2an atau pun kerja part time.
Sekali lagi mereka memilih
menanam taugeh
yang kali ini mungkin species yang berbeza.
Semua
pendapatan aktif akan terhenti di saat kita berhenti melakukannya.
Tanpa
kita sedari,
pendpatan aktif memerlukan tenaga yang berterusan
tetapi
adakah kita akan sentiasa mempunyai tenaga
untuk kita terus
melakukannya.
Bayangkan kalau kita ditimpa sakit,
atau bila usia sudah
meningkat,
adakah kita akan mampu untuk terus melakukannya?
Jadi di saat
itu bagaimana kita mahu meneruskan kehidupan?
Terlalu sedikit di kalangan
kita memilih
untuk mengaktifkan Pelan B dalam bentuk pendapatan pasif.
Pendapatan pasif tidak menjanjikan instant reward di saat mula2
mengerjakannya.
Ia adalah seperti menanam durian.
Anak pokok durian
dijaga semasa kecil bersungguh2 tanpa hasil yang serta-merta.
Selepas 7
tahun barulah ia berbuah.
Ketika itulah ia menjadi pendapatan pasif
di
mana kita mendapat hasilnya
walaupun tidak lagi menjaga pokok durian
trsebut.
Ia tetap berbuah dan ia berterusan sehingga 100 tahun.
Generasi
seterusnya masih boleh menikmati hasilnya
tanpa mereka perlu berbuat
apa2.
Tetapi berapa ramai yang sanggup melakukannya
kerana nafsu untuk
instant reward itu tidak dipenuhi di saat permulaannya.
Kini kita sedang
menanam pokok durian.
Maka lakukanlah dengan rajin, gigih dan konsisten
bila kita sudah memilih untuk bersama biznes.
Mungkin pokok durian kita
akan diserang penyakit atau dimakan serangga
pada peringkat awal tetapi
kita berusahalah melakukan penambahbaikan.
Ini samalah juga dengan
rintangan, dugaan dan cabaran yang kita hadapi dalam Biz.
Hasilnya
bergantung kepada sebaik mana kita menjaga anak pokoknya.
Hasilnya
mungkin belum sampai tapi percayalah inilah dia yang akan menjadi
warisan kita untuk generasi kita yang sekarang dan akan datang.
KMC DR.NINIE
No comments:
Post a Comment