Singgah sebentar di surau Blok E1, Parcel E KKM, Putrajaya..
Ternampak plak ade 1 selawat kat dinding..
Macam menarek je kan..
Mari beramal..
“Selawat Nariyah” yang ertinya sempurna atau terbuka
sehingga menjadi lapang.
Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan
kesempitan dengan izin Allah SWT.
.
Fadhilat Selawat
Tafrijiyah
Antara kebaikan
pengamal selawat ini:-
1. Allah akan
melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya
2.Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya
3.Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.
4.Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai
5.Dia dilindungi daripada segala bencana dan malapetaka.
6.Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.
7.Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.
7.Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.
8.Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.
Imam
ad-Dainuri r..a.
11 x – setiap kali selesai solat fardhu, diberkati rezeki, ditinggikan
darjat dan dijanjikan husnul khatimah.
41 x – setiap malam secara istiqamah akan tercapai segala hajat
100 x – setiap selepas solat Hajat beberapa malam- menyelesaikan masalah
313x – setiap hari, mengetahui rahsia ghaib atau sesuatu yang dikehendaki
1000x – tercapai segala cita-cita dan tersingkap rahsia yang dikehendaki.
Imam Qurtubi
r.a.
41 x / 100x – Allah hilangkan segala dukacita dan
kesusahannya, memudahkan segala urusan, mengangkat martabat dan darjat,
menambahkan haibahnya, meluaskan rezeki dan membuka pintu kebajikan.
Imam Sayyidi
Muhammad Khafi r.a.
Baca 4444 x
dalam tempoh 7 hari 8 malam, kemudian diikuti dengan doa Selawat Nariyahh;
Insya Allah tercapai hajat dengan baik dan sempurna.
.
Apabila dibaca 3
kali selepas selesai solat fardhu maka pahalanya samalah seperti haji
mabrur/haji yang maqbul.
p/s: wallahualam.. isi masa lapang.. lembutkan lidah dengan kalimah2nya.. dan hati berserah kepada kekuasaannya.. jom amalkan..mana tahu murah rejeki dalam khidupn..
No comments:
Post a Comment