Showing posts with label ~sEorAng hAmbA~. Show all posts
Showing posts with label ~sEorAng hAmbA~. Show all posts

Wednesday, November 7, 2012

~tAk AkAn mElAyU hIlAng dI dUnIA~

..kata2 Hang Tuah pd satu masa dulu..
..actly hari ni macam nak tambah pbacaan..
carik mana saloon muslimah kat area bangi..
tapi ntah macamana tnampak blog our Ex-Prime Minister..
sbb recent topic is PUTRAJAYA..
so, aku go tru at a glance..
dalam byk2 ttbe aku ttarek..
ttarek pada this topic..

& go tru the comments..
xla baca semua..
tp ttarek dgn comment inchik "The Hidden Secret"..
seriously i want to share this topic with all of u..

good point to discuss..
our jati diri kan..

p/s : by the way, after doing this biznes..
who ever u are..which ever ur party..
we always bring a good things,good mission, good intention,good influence..
adakah Islam sendiri mHARAMkan umatnya kaya?
atau umatnya sendiri mberi alasan..
adakah salah kalau kita bharta & beriman..
when we talk about syariah compliance biznes,
u will never succeed when ur r not compliance to Islam..
or good behavioural..

yang penting..
matlamat utama khidupn manusia bukanlah duit semata-mata..
tapi duit itu adalah medium utk kita mneruskn khidupn..
supaya agama kita bangsa kita diangkat martabatnya..
supaya tidak ditindas..

duit itu letaknya pada tangan..
bukan pada hati..
biarlah getaran hati yang mnyampaikan..
tapi tangan yg mhulur itu lebih baik dari tangan yg mnerima..

"Tak kan Melayu Hilang Di Dunia"
kalau kita bsatu padu..
bjalan seirama..
bganding bahu..
mngejar matlamat..
hidup sementara..
biarlah sejadah mjadi hamparan di dunia utk mbawa kita ke akhirat kelak..
keluarkanlah zakat..dan kenapa zakat itu hanya utk bkemampuan..
dan kenapa mnunaikan haji juga utk yg bkemampuan..
knapa ia tmasuk dlm rukun islam?

Tuesday, October 2, 2012

~sElAwAt nArIyAh~

Singgah sebentar di surau Blok E1, Parcel E KKM, Putrajaya..
Ternampak plak ade 1 selawat kat dinding..
Macam menarek je kan..
Mari beramal..
“Selawat Nariyah” yang ertinya sempurna atau terbuka sehingga menjadi lapang. 
Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT.


.                                                                                                                                           
Fadhilat Selawat Tafrijiyah
Antara kebaikan pengamal selawat ini:-

1. Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya

2.Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya

 3.Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.

4.Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai
 
 5.Dia dilindungi daripada segala bencana dan malapetaka.
6.Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.

 7.Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.
8.Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.



 Imam ad-Dainuri r..a. 
11 x – setiap kali selesai solat fardhu, diberkati rezeki, ditinggikan darjat dan dijanjikan husnul khatimah.

41 x – setiap malam secara istiqamah akan tercapai segala hajat

 100 x – setiap selepas solat Hajat beberapa malam- menyelesaikan masalah

 313x – setiap hari, mengetahui rahsia ghaib atau sesuatu yang dikehendaki

 1000x – tercapai segala cita-cita dan tersingkap rahsia yang dikehendaki.


Imam Qurtubi r.a.
41 x / 100x – Allah hilangkan segala dukacita dan kesusahannya, memudahkan segala urusan, mengangkat martabat dan darjat, menambahkan haibahnya, meluaskan rezeki dan membuka pintu kebajikan.


Imam Sayyidi Muhammad Khafi r.a.
Baca 4444 x dalam tempoh 7 hari 8 malam, kemudian diikuti dengan doa Selawat Nariyahh; Insya Allah tercapai hajat dengan baik dan sempurna.
.
Apabila dibaca 3 kali selepas selesai solat fardhu maka pahalanya samalah seperti haji mabrur/haji yang maqbul.

p/s: wallahualam.. isi masa lapang.. lembutkan lidah dengan kalimah2nya.. dan hati berserah kepada kekuasaannya.. jom amalkan..mana tahu murah rejeki dalam khidupn..

Friday, July 27, 2012

~Nabi Khidir dan Nabi Musa~

i had a conversation with my boss this morning..sounds like this..
"kita belajar & mngambil iktibar dari kisah Nabi Khidir as. dan Nabi Musa as...i try recall..kisah yang mana e..along d way,dapatla recall balik sirah nabi ni yg mana..hmm.."
then, saya pun surf la internet..baca balek sirah nabi ni..subhanAllah..Maha Besar Allah..kadang2 kita kagum pada sesuatu sirah dan lepas itu kita lupa..tp sometimes,bila kita berada dalam certain situation dia sgt mberi kesan..okies..so sy kasik link 2 d blog yg ada mnceritakan tentang mereka dan kesimpulan sy..(thanks,sy tumpang kisah ye insan bdakwah) ..tp jgn lupa baca kesimpulan tau..hehe..
click sni untuk recall blk citernye:

Kesimpulan yg sy buat utk dri sndrilakan..

1. Allah merahsiakn sesuatu perkara itu kerana ada sebab musababnya yg tidak tjangkau pada pmikiran kita yg sempit..
contohnya, tempat pertemuan & siapakh org yg akan Nabi Musa as.bertemu..

2. Demi sebuah ilmu, org yg mmentingkan ilmu,org yg mhargai ilmu 
& org yang mcintai ilmu sanggup mhadapi segala rintangan dan halangan 
walau seberapa jauh/seberapa lama pun yg perlu dilalui..
sedangkan ilmu penuh di dada..
Nabi Musa adalah Nabi yang menerima Taurat tanpa perantara..
berbicara terus dengan Allah..
bagaimana kedudukan beliau berbandg manusia biasa seperti kita..
dan ilmu Allah itu Maha Luas..
Dengan itu, dalam apa sekali yang kita lakukan perlu menuntut ilmu secara berterusan..
For me in medical line,mmg kita sendri sedia faham kita belajar melalui pesakit
 dan kita belajar dalam tempoh yg sgt lama..
dan macam nak pecah kepala bila kita belajar..
berasap telinga..mngelegak otak..hehe.& 
as a business person, kita perlu terus menuntut ilmu walau seberapa jauh/lama 
kita perlu lalui kerana kita tahu kita berada di mana&
apakah perjuangan kita.
jgn pernah bhenti menuntut ilmu.
walau kita terpaksa turun padang..
kita perlu mhadirkan diri ke majlis2 ilmu.
Untuk kita mncapai kepada ilmu yang sebenar,
kita akan melalui pelbagai tabir&melalui tabir2 itu kita belajar
&memang itu sbnarnya Allah mahukan kita belajar..
sebelum kita mncapai tahap yang sepatutnya kita terima..

3.Perbuatan Nabi Khidir jelas2 kasar di mata kasar Nabi Musa 
dan pastinya kasar pada mata kita..
tetapi sesungguhnya Allah itu Maha Besar..
disebalik sesuatu yang kita nampak kasar, kita nampak jahat,
 kita nampak mmg sah2 salah dari hukum akal 
tapi 
sebenarnya ada hikmah yang terkandung disebalik sesuatu perkara..
kerana perkara yang benar, 
Nabi Khidir melakukanNya..
Ada 2 perspektif kat sni yg saya nampak..
1st,xsemua perkara yg buruk itu adalah sesuatu yg xbaik..
tapi itulah sbenarnya yg tbaek yg Allah berikan kepada kita..
2nd,as a medical person..kadang2 org nampak mcm kita kejam 
tp sbnarnya kita did the best for patient..
org akn nampak kita melakukan sesuatu perkara yg xbetul..
sebab tu pentgnya explaination to the patient & relative..
power of explanation..
3rd,as a biz person, mungkin di mata kasar seperti tidak bagus, xelok & terukla..
tapi kita tahu apa disebaliknya yg diperjuangkan apabila kita mnggunakan mata hati.
apabila sujud pada akhirat, dunia akan turut serta..


4.Kesabaran itu penting..sedangkan Nabi Musa pun tidak dapat mnahan sabar 
apabila mlihat kjahatan pd mata kasar dihadapannya..
dengan itu bhentila proses pembelajarannya..
dalam kita menuntut ilmu..
mcmne kita plak yg mmg jenis xtahan sabar..
kesabaran itu sangat penting..
dlm khidupan, kadang2 dgn xde ksabaran akn mmudaratkan kita & mhentikan kita dari proses mcapai ilmu yg sempurna..

learning process..


Tuesday, November 29, 2011

~mAknA bAcAAn2 sOlAt~

Allah Maha Besar  
 



Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
 
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
 
Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
 
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
 
Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.
 
Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
 
Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
 
Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.




"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup
keNerakamu.. ..kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya allah
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa  kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
dunia"

Sunday, August 21, 2011

~rAmAdhAn~

``sAlAm``

would this be my last ramadhan..
hmm..is there any chance 4 me 2 meet another ramadhan..
only HE knows..

..MAHA BESAR ALLAH..

arini dah ari ke 21 puasa..
n enter last 10days of ramadhan..
most barakah nite..
but sadly,i cant grab it..
physiology for woman..
xsempat nak telan ocp..
rugi sungguh..
klu xsilap last yr je sempat smyg raya..
last few years sume xsempat bcoz of this physiology reason..
so sbnarnye dh byk aku rugi..hmm..
may b if i able to meet nxt ramadhan telan je ocp 2..
for a reason yg akan slalu menses end of ramadhan..
lantaklaa..huhuhu..
xde hukum mharamkan ocp itu..
dia just cakap makhruh klu memudaratkan..
n as ape yg aku tahu klu amek skjap ni xdela mudarat ape pun..
insyaAllah..

sgt cepat je masa blalu..kjap je dah 21 hari..hmm..

sejauh mana aku mhayati ramadhan ini..
sejauh mana aku mndekatkan diri kepadaNya..
sejauh mana ibadat dan taubat ku diterima..
sejauh mana..
sejauh mana lagi kehidupan yg bakal aku tempuhi..
sejauh mana..
sejauh mana dugaan dan ujian yg bakal aku lalui..
sejauh mana..
sejauh mana lagi..

tiada siapa yg tahu..

Saturday, July 16, 2011

~nIsfU syAAbAn~

:))

salam nisfu syaaban..




Diriwayatkan, bahawa Nabi saw bersabda : “Barangsiapa berpuasa tiga dari permulaan Syaaban dan tiga hari di pertengahan Syaaban dan tiga hari di akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya, pahala seperti pahala 70 Nabi, dan seperti orang-orang yang beribadah kepada Allah swt selama 70 tahun dan apabila dia mati di tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.”

Nabi saw bersabda : “Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah dan berbuat ketaatan kepada-Nya serta menahan diri dari segala perbuatan maksiat, maka Allah swt mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam satu tahun itu dari segala macam bencana dan dari macam-macam penyakit.”


...sungguh tidak terhingga besar ertinya mlm ini bg mereka yg mnanti2 dn mhargai mlm ini..ya الله,adakah akan ku btemu lagi dgn nisfu syaaban yg akan dtg..hmm..

~ya الله yg Maha Pengasih lg Maha Penyayang..tetapkanlah kasehMu padaku hambaMu yg hina ini..ampunilah segala dosa-dosa hambaMu yg mnggunung tinggi..samada sengaja atau tidak,samada besar atau kecil..samada ia sudah,sedang atau belum dilakukan ya الله..ampunilah dosa kedua ibubapaku,keluargaku,sanak saudaraku,guru2ku serta muslimin dan muslimat..berkatilah kami..aku mohon plindungan dariMu ya الله dari musuh ketatku syaitan yg tidak pernah bhenti utk mnyesatkan..aku jua mmohon plindungan dari hasutan dajjal..aku mohon plindungn dari seksa api nerakaMu ya الله..aku mohon ya الله Kau pmudahkanlah urusanku di dunia sementara ni dan di akhirat yg hakiki dan diberkati hendaknya..matikanlah aku dalam iman dan islam..jangan sesaat pun ya الله Engkau mbiarkan aku sendri tanpa panduan Mu..pandulah aku..dekatkanlah hatiku padaMu..hampirkanlah hatiku padaMu..kurniakanlah aku hati yg snts mngingatiMu dan mrinduiMu ya الله..lidah yg slalu mnyebut namaMu..dan atas segala nikmat yg Engkau berikan di dunia ini,jauhkanlah aku dri kcintaan dunia ini dan dekatkanlah aku pada kecintaan akhirat..ya الله yg Maha Besar dan Maha Mngetahui..perkenankanlah pmintaan hambaMu yg lemah ini~...aminnnn..

Friday, July 1, 2011

rEnUngAn bErsAmA

BismiLlah Rabbul Ghafuur...


Assalamua'laikum w.b.t...


AlhamduliLlah...Segala puji bagi Allah..Tuhan semesta alam...segala2 yang terbentang di bumi...di langit...adalah milik Yang Maha Kuasa...kembali kepada-Nya...Tuhan Sekalian makhluk...Selawat & Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w...Ahli2 keluarga Baginda s.a.w...Sahabat/iah Baginda s.a.w...Para Tabi' Tabi'iin...Alim Ulama'...Muslimin Muslimat umumnya...


AstaghfiruLlahal a'dzhiim...lafaz itu memberat di hati...ibarat melepaskan 1 beban batu yang besar dari halkum...sakit dan melukakan jasad itu...berat lagi rase bersalah yang di tanggung...kifarah hanya di sisi Yang Maha Pengampun... Allahurabbi...ampunkan khilaf hamba ini...


Sejenak mata terpana pada tafsiran Ayat2 Cinta Khalik di dalam Surat Cinta-Nya, mafhum-Nya pada Surah Yunus ayat 22 -24... Mari sama2 tadabbur dan muhasabah...begitulah kita manusia...AstaghfiruLlahal a'dzhiim...


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih...


'DIA-lah Tuhan yang Menjadikan kamu dapat berjalan di daratan,(dan berlayar) di lautan. Sehingga ketika kamu berada di dalam kapal, dan meluncurlah (kapal) itu membawa mereka (orang2 yang ada di dalamnya), dengan tiupan angin yang baik, dan mereka bergembira karenanya; tiba-tiba datanglah badai dan gelombang menimpanya dari segenap penjuru, dan mereka telah terkepung (bahaya), maka mereka berdoa dengan tulus ikhlas kepada ALlah semata. (Seraya berkata),"Sekiranya ENGKAU Menyelamatkan kami dari (bahaya) ini, pasti kami termasuk orang2 yang bersyukur"


Tetapi ketika Allah Menyelamatkan mereka, malah mereka berbuat kezaliman di bumi tanpa(alasan) yang benar. Wahai manusia! Sesungguhnya kezalimanmu bahayanya akan menimpa dirimu sendiri; itu hanya kenikmatan hidup duniawi, selanjutnya kepada Kami-lah kembalimu, kelak akan Kami kabarkan kepadamu apa jua yang telah kamu kerjakan.


Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu hanya seperti air(hujan) yang Kami Turunkan dari langit, lalu tumbuhlah tanaman-tanaman bumi dengan subur (karena air itu), di antaranya ada yang di makan manusia dan haiwan ternak. Hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan berhias, pemiliknya mengira bahawa mereka pasti menguasainya (memetik hasilnya), datanglah kepadanya azab Kami pada waktu malam atau siang, lalu Kami Jadikan (tanaman)nya seperti tanaman yang sudah di sabit, seakan-akan tanaman yang belum pernah tumbuh kelmarin. Demikianlah Kami menjelaskan tanda-tanda (kekuasaan Kami) kepada orang-orang yang berfikir'


[Yunus:22 - 24]


Maha benarlah ALlah pada firman-Nya...


Tuhan-ku...

Ampunkanlah...

Segala dosaku...

Tuhan-ku...

Maafkanlah...

Kejahilan hamba-MU...

Ku sering melanggar larangan-MU...

Dalam sedar atau pun tidak...

Ku sering meninggalkan suruhan-MU...

Walau sedar aku milik-MU...


Bilakah diri ini kan kembali..

Kepada fitrah sebenar...

Pagi ku ingat...

Petang ku alpa...

Begitulah silih berganti...


Oh Tuhanku...

KAU pimpinlah...

Diri ini yang mendamba cinta-MU...

Aku lemah...

Aku jahil...

Tanpa bimbingan dari-MU...


Ku sering berjanji...

Dengan-MU...

Sering jua ku memungkiri...

Ku pernah menangis...

Kerana-MU...

Kemudian ketawa semula...


Bilakah diri ini kan kembali..

Kepada fitrah sebenar...

Pagi ku ingat...

Petang ku alpa...

Begitulah silih berganti...


KAU Pengasih...

KAU Penyayang...

KAU Pengampun...

Kepada hamba-hamba-MU...

Selangkahku...

Kepada-MU...

Seribu langkah KAU pada-KU...


Tuhan..

Diri ini tidak layak ke Syurga-MU...

Tapi tidak pula aku sanggup ke Neraka-MU...

Ku takut kepada-MU...

Ku harap jua pada-MU...

Moga ku kan selamat...

Dunia & akhirat...

Seperti Rasul & Sahabat...


[Tuhan-KU :- Raihan]


Ku di bawa mengenal ALlah adalah Tuhan...Ku di bawa mengenal RasuluLlah itu adalah Kekasih ALlah & Teladan...Ku di bawa mengerti Jalan Perjuangan ini adalah Jalan Nabi...Ku di bawa memahami untuk menerima jua ku harus memberi... Ku di bawa mengenal Makna Ukhuwwah di jalan Allah sebermula dari sini...Ku semakin memahami makna keterbukaan di dalam berdakwah sebermula dari jalan ini...Ku semakin memahami hakikat diriku sebagai Hamba kepada Rabbul Izzati... Ummat kepada Baginda Muhammad s.a.w...Permata buat Ayahanda & Bonda tercinta...Saudara kepada Adik beradikku...saudara-maraku..saudara2 seislam denganku..semuanya bermula dari jalan ini...jalan jihad seorang hamba kepada Tuhan...jalan mujahadah yang tiada berkesudahan...selain dari pemutus segala nikmat dunia...Ya ALlah...biarlah nikmat dunia seisinya harus ku korbankan...selama nikmat hamba ini tidak KAU tarik dari insan hina ini... andai nikmat hamba yang berTuhan ini hilang Ya ALlah...apa lagi yang tinggal bagiku....AstaghfiruLlahal a'dzhiim....



Maafkan bila diri tidak sempurna...

Allahua'lam...

Wassalam...


~penamiftahulasrar~

copied from my dear cousin..siti illani..thanks 
*・゜゚・*:.。..。.:*・'(*゚▽゚*)'・*:.。. .。.:*・゜゚・*

- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, June 21, 2011

cIntA yAng tErtInggI


Asas cerita ini adalah daripada kisah benar,

Kisah benar yang menyentuh hati saya,

Moga-moga kita belajar,

Untuk menjadi yang tertinggi cintanya.

Sungguh, orang-orang beriman itu luar biasa, hatta dalam bercinta

Cerpen Yang Tertinggi Cintanya,

Enjoy!


Cerpen: Yang Tertinggi Cintanya.



Al-Quran itu dipegang dengan kemas. Mata menumpukan perhatian. Hati seakan-akan sedang bersemayam di atas awan. Membaca dengan penuh penghayatan.

Dia perlukan ketenangan yang lebih. Allah sedang mengujinya.

Surah Toha itu dialun suaranya, gemersik memenuhi ruang biliknya. Surah kesenangan di kala gundah, surah kekuatan di kala susah.

“Ehem.”

Dan pembacaannya terhenti. Perlahan-lahan dia menoleh.

Farid Mursyidi sedang menyandarkan bahu pada bingkai pintu, dengan wajah dihiasi senyuman nakal.

“Nak apa?” Dia bertanya perlahan, sambil memusingkan seluruh tubuhnya, tetapi masih kekal bersila. Dia tahu, pastinya Farid perasan wajah monyoknya itu. Perlahan-lahan Farid mendekatinya.

“Masih bermasalah dalam membuat pilihan wahai sahabatku Syakir Muntasir?” Bahunya ditepuk, dan Farid kini bersila di hadapanya. Lutut bertemu lutut.

“Aku masyghul la. Keputusan yang sukar.” Syakir menggaru kepala.

“Istikharahnya macam mana?”

“Apa, kau ingat semua istikharah keluar mimpi bagi jawapan? Kalau macam itu baik aku istikharah setiap malam periksa.” Syakir menjelirkan lidah. Farid seakan-akan tidak tahu bagaimana sistem istikharah yang sebenarnya berfungsi.

Farid tertawa senang. Bahu Syakir ditepuk beberapa kali. Mungkin memahami, sambil terkesan dengan canda tadi.

Istikharah bukanlah satu keajaiban untuk menggolekkan jawapan kepada kita. Istikharah hakikatnya perlu diiringi usaha membuat kalkulasi yang baik. Tanda istikharah bukan semestinya mimpi, tetapi hakikatnya adalah ketenangan hati yang kuat apabila membuat keputsan.

“Aku nampak jalan ke sebelah B lebih benar dan aku macam lebih tenang ke sana.” Syakir melepaskan keluhan. Nampak bahawa Jalan B bukan jalan pilihan asalnya.

“Kau rasa, kalau kau pilih jalan B, jalan A akan hilang?”

Dan kini matanya dan mata Farid bertaut. Sengih kelat muncul pada wajah Syakir. “Lebih kurang. Kau tahu aku cintakan Humaira’ bukan? Aku hanya perlu tunggu dua tahun sahaja lagi.”

“Tapi pada masa yang sama, kau perlu berkahwin sekarang. Kau adalah orang yang siap, sudah bersedia, dan kau memang perlu kahwin. Kalau tak, resah gelisah tak berhenti. Fokus terganggu. Namun, memilih Anum Sakeena ada downsidenya.”

“Ada ‘banyak’ downsidenya.” Syakir menambah.

Farid pula yang menghela nafas kali ini. Ya, keputusan yang sukar.

“Kadang-kadang Syakir, walaupun kita ini manusia yang ikuti jalan dakwah dan tarbiyah, kita masih terikat dengan gari-gari dunia bukan?” Farid menolak tubuh, bersandar pada dinding. Melunjur kaki, sambil memandang siling.

Jiwa Syakir seakan tercucuk dengan kalam itu. Dia melihat sahaja sahabatnya itu.

“Maksud?”

“Yalah. Kalau aku, aku akan biarkan sahaja Anum. Aku akan sanggup tunggu Humaira’. Aku sanggup menderita dua tahun, dari ambil risiko duduk dengan Anum. Tambahan, dalam posisi kau, aku cintakan Humaira’. Tinggal…” Kata-kata Farid terhenti. Dia melirik kepada Syakir.

Mata Syakir dan Farid bertemu. Syakir hanya diam. Ingin Farid menyempurnakan bicara.

“Tinggal kita tahu, Anum memerlukan bantuan kita, pertama. Kedua, dalam posisi kau, kita memerlukan kehadiran Anum yang sanggup berkahwin dengan kita sekarang. Ketiga, hajat Anum bukan hajat yang kecil, dan belum ada yang sanggup membantunya, sedang kita telah terlanjur memikirkannya, tambah pula dalam posisi yang siap untuknya.”

“Kita? Kau ajalah yang pergi ambil Anum.”

Farid tertawa. “Kita di sini bermaksud kau lah. Aku mana mampu kahwin lagi. Kau dah mampu, tinggal kena tunggu sebab nak kejar cinta sahaja. Itulah yang aku kata, kita ini walaupun ikut jalan dakwah dan tarbiyah, kita masih terikat dengan gari-gari dunia. Kita amat tahu relevannya hajat Anum, tetapi kita rasa sukar nak penuhi hajat dia, sebab hajat dia tak ada harganya di atas dunia. Hanya berharga di akhirat sana. Aku sebut kita, sebab kalau aku jadi engkau, aku sendiri jadi berat.”

Suasana bilik itu senyap sebentar. Seakan menunggu giliran, azan isya’ dari Masjid University of Yarmouk kedengaran. Azan mendayu-dayu, seakan waktu rehat dari perbincangan yang mengkusutkan itu.

Dunia dan akhirat. Orang-orang yang mengikuti jalan dakwah dan tarbiyah pun, adakalanya masih tergari dengan dunia. Sedangkan, secara sedarnya, dia tahu apa pilihan yang patut dia lakukan.

Azan tamat. Doa. Mata Farid dan Syakir kembali bertemu. Masih senyap.

Perlahan-lahan Farid berdiri, dan mendekati Syakir. Bahunya disentuh lembut.

“Mungkin ada waktu itu, kita kena belajar untuk campak segala-galanya, dan hanya percaya kepadaNya. Kena berani buat leap of faith.”

Kemudian Farid bergerak keluar dari bilik. Pastinya hendak menuju ke masjid.

Syakir keseorangan.

Campak segala-galanya, dan hanya percaya kepadaNya.



*******



Anum Sakeena. Seorang yang pada zahirnya kelihatan seperti bidadari. Dia lawa. Dia cerdas. Dia juga aktif dalam urusan dakwah dan tarbiyah. Lebih mencantikkan peribadinya, dia tiada kasta. Dengan rakan-rakan yang tidak berapa faham Islam pun, dia masih bergaul, mendekati, dan memesrai. Sebab itu pelajar-pelajar perubatan dan pergigian di Jordan amat mengasihinya. Pembetulan, semua pelajar di Jordan ini mengasihinya.

Namun Allah SWT menguji. Anum Sakeena dipercayai mempunyai Systemic Lupus Erythematosus atau SLE. Satu penyakit yang akan meragut nyawanya untuk satu jangka masa yang tidak lama lagi. Tetapi tiada siapa yang melihat Anum Sakeena bersedih hati atau kegelisahan. Dia seakan-akan manusia paling tabah yang berjalan di atas dunia ini. Dia tidak pula pulang ke Malaysia dan berhenti belajar seakan-akan dunia telah kiamat. Dia masih meneruskan kehidupan, studi dengan rajin, dan hidup dengan gembira.

Tetapi, ada satu perkara yang menggusarkan Anum Sakeena. Dan perkara itu tidak diceritakan kepada sesiapa, kecuali seorang manusia yang diyakininya dalam keadaan mampu, dan mungkin akan membantunya.

Itulah dia Syakir Muntasir. Pelajar Tahun 3 Fiqh Wa Usuluhu di University of Yarmouk. Satu angkatan dengan Anum Sakeena, tinggal Anum Sakeena mengambil pengkhususan Iqtisod Islami.

Syakir Muntasir sangat terkenal dengan manusia yang lebih tua dari usianya. Walaupun di luar Syakir kelihatan seperti manusia yang tidak peduli apa-apa, tetapi apabila keadaan memerlukan seorang Syakir Muntasir untuk serius, tiada sesiapa yang mampu menghentikannya. Fikirannya matang, fikrahnya jelas, disiplinnya tinggi, pandangannya jauh, dan dia seorang yang siap untuk memikul tanggungjawab yang besar, juga mampu menghadapi banyak dugaan kehidupan.

Dan Anum Sakeena amat pasti, Syakir Muntasir sedang mempersiapkan diri ke gerbang perkahwinan, memandangkan ura-ura bahawa lamaran lelaki itu ditolak, atau lebih tepat lagi, ditangguhkan untuk diterima, telah tersebar dalam komuniti di sini. Perempuan itu nampaknya tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab pada ketika ini. Dua tahun dimintanya tangguh. Berita sebegini tidak sukar didapati, kerana Syakir Muntasir sangat terkenal di sini. Sama ada dia mendiamkan segala cerita di dalam tubuhnya seorang, atau cerita itu akan bergerak meliputi seluruh Jordan dalam masa yang sekejap sahaja. Dan Syakir Muntasir juga manusia, pasti paling kurang dia akan berkongsi masalah hidupnya dengan teman-teman karib.

Mendengar berita itu, Anum Sakeena terasa seakan-akan Allah membukakan jalan untuknya. Walaupun dia tidak tahu, apakah perancangan Allah SWT yang sebenarnya, namun nyatanya dia telah membuat kalkulasi dan merasakan inilah yang terbaik. Maka dengan berani, setelah mendapat izin ibu ayahnya, dia mewakilkan seorang senior tahun 6 Perubatan untuk menyampaikan hajatnya kepada Syakir Muntasir.

“Anum Sakeena ingin dirinya dikahwini Syakir Muntasir, kerana adalah satu hajatnya yang besar sebelum meninggalkan dunia ini dia meninggalkan satu saham akhirat yang besar untuk dirinya, dan meninggalkan satu hadiah yang besar untuk Islam di atas dunia. Itulah dia seorang anak. Anum Sakeena ingin ada cebisan dirinya, yang tinggal di atas dunia ini untuk terus memberikannya pahala, dan berjuang untuk Islam buat dirinya.”

Dan saban hari, Anum Sakeena berdoa agar Allah SWT memakbulkan hajatnya, atau memberikannya sesuatu yang lebhi baik.

Itulah hajatnya.

Dan bukan sebarang orang akan menyahutnya.



******



Lepaskan segala-galanya. Hanya percayakan Dia!

Syakir bangun dari pembaringannya malam itu. Saat dia yakin dan tenang dengan keputusannya. Saat dia membuat keputusan, untuk membuat satu anjakan paradigma, lompatan saujana yang akan mengubah lorong hidupnya.

Dia mencapai telefon bimbitnya. Ibu Humaira’ dihubungi.

“Ibu, Syakir rasa, Syakir nak buat keputusan ini.”

Dan hanya esak tangis sahaja kedengaran. Syakir tabah. Tidak tergugah.

Ummi Abahnya dihubungi. “Syakir nekad.”

Dan Ummi Abahnya tidak berkata apa-apa lagi. Menyokong, dan mendoakan.

Dia menggenggam erat tangannya. Keputusan yang berat. Tetapi hendak diluahkannya.

Lepaskan segala-galanya. Hanya percayakan Dia!

Mendail nombor terakhir. Kak Rasyidah, pelajar perubatan tahun 6 yang menghubunginya tempoh hari mewakili seorang Anum Sakeena.

“Akak, saya setuju. Sampaikan kepada Anum.”

Dan selepas itu dia terduduk.

“Aku telah membuat lompatan itu Ya Allah. Dan sekarang, aku serahkan diriku sepenuhnya kepada Engkau. Sungguh, aku hanya hambaMu yang tidak mengetahui apa-apa. Membuat keputusan ini, sekadar ingin menghormati seorang mujahidah yang benar-benar mencintaiMu Ya Rabb. Nyatanya, aku sebelum ini tidak mencintaiMu sehebat CintaNya, yang walau matipun masih ingin terus berjuang untukMu.”

Bukan senang melepaskan apa yang selama ini dikejar. Bukan senang memilih sesuatu yang diketahui tidak lama lagi akan hancur. Bukan senang hendak mengenepikan pilihan sendiri, perasaan hati, untuk memilih sesuatu yang benar dan hakiki, kerna biasanya walaupun pilihan diri itu salah, itulah yang disenangi. Dan hari ini dia melakukan, apa yang ramai manusia tidak mampu.

Lepaskan segala-galanya. Hanya percayakan Dia.

Air mata mengalir deras di pipi Syakir Muntasir malam itu.



******



“Sebenarnya, berapa lama lagi masa untuk awak hidup?” Soalan itu muncul dikala langit sedang indah ditemani bulan mengambang.

Anum menatapnya, dan tersenyum. “Tidak tahu. Tetapi doktor kata, boleh jadi panjang sekiranya tidak melahirkan anak. Awak pun dah dengar nasihat doktor masa awal-awal teman saya buat pemeriksaan semula dulu, bukan?” Dulu. Macam telah lama. Sedangkan, mereka baru setahun berkahwin.

“Jadi, kenapa hendak melahirkan anak?”

Senyuman Anum melebar. Dan senyuman itu sangat-sangat indah. Bulan mengambng jua bukan tandingan. Nyata ini syurga yang berada di atas dunia. Dan Syakir merasainya.

“Awak sudah tahukan?”

Dan giliran untuk senyumannya pula memekar.

“Tidak takut?”

Anum menggeleng. “Sebab akhirnya, kita akan mati juga. Lebih baik mati meninggalkan sesuatu untuk akhirat kita, daripada mati tidak memberikan apa-apa.”

Tangan Anum dipegang erat. Dikucup. “Saya minta maaf.” Lembut Syakir bersuara.

Anum mengiring. Kerusi malas yang menjadi tilam pembaringan mereka kini berbunyi. Antara aktiviti kegemaran, berbaring di atas kerusi malas bersama-sama, sambil menatap bulan mengambang indah. “Kenapa nak minta maaf?”

“Sebab awal-awal dahulu, saya tidak mencintai awak. Saya sebenarnya ragu-ragu. Tetapi hari ini, saya rasa saya tidak sepatutnya ragu-ragu. Saya sepatutnya terus menyahut.” Syakir turut mengiring. Wajah mereka berhadapan.

Majlis kahwin mereka sederhana sahaja. Ummi Abah datang ke Jordan bersama keluarga Anum, dan mereka berkahwin di Jordan. Saudara mara yang tahu, tidak ramai memberikan sokongan. Sebab semua melihat seakan-akan dia melemparkan diri ke dalam satu kecelakaan. Dia dihujani pelbagai tohmahan dari keluarganya sendiri yang tidak memahami. Abah dan Ummi pun tidak banyak membincangkan hal ini, kerana pada asalnya, Abah dan Ummi juga tidak berapa setuju. Tinggal keyakinannya sahaja yang akhirnya membuatkan tindakan itu mendapat restu.

Bukan satu keputusan yang mudah.

Hanya yang berani melepaskan segala-gala, dan percaya hanya padaNya sahaja yang mampu.

Tetapi hari ini, kepercayaan Syakir itu terasa seperti telah dibalas.

“Em, awak memang patut ragu-ragu. Bukan satu keputusan yang ringan. Dan saya yang patut minta maaf. Sebab saya macam dah hancurkan hidup awak. Awak tak berada di atas ‘track’ yang awak nak.” Anum mendekatkan wajahnya, hingga dahinya dan dahi Syakir bertemu.

Syakir menggeleng perlahan. Dahi mereka bergesel. “Ini memang bukan ‘track’ yang saya nak. Tetapi saya rasa, ini ‘track’ yang Allah nak, berdasarkan apa yang saya dapat bila bersama awak selama ini.”

Bayangkan, melihat bakal mayat yang langsung tidak seperti manusia yang berpenyakit maut. Hidupnya tetap ceria. Hidupnya tetap bersemangat dan gembira. Studinya terjaga, bahkan dijaga pula studi Syakir. Anum banyak memunculkan momen-momen indah. Program-program yang mengingatkan mereka berdua kembali kepada Allah SWT juga hangat dirancang oleh Anum. Rumah mereka seakan-akan bercahaya.

Baca Al-Quran sama-sama, malam Jumaat qiamullail bersama, Isnin Khamis puasa bersama, studi bersama-sama, keluar beriadhah di kala petang bersama-sama, pergi berziarah rakan-rakan bersama-sama, melaksanakan program dakwah dan tarbiyah bersama-sama. Dan banyak perkara lagi. Dalam semua itu, dia belajar daripada Anum.

Bagaimana walaupun tahu umur tidak panjang, kekuatan tetap mengisi kehidupan dan diri terus-terusan bergerak dengan cergas hidup sebagai hamba Tuhan. Tidak merungut menyumpah Allah SWT yang memberikannya penyakit itu. Tidak pula mengeluh. Tetapi apa yang dilakukan adalah, mencari segenap ruang dan peluang, mengisi hari-hari yang berbaki untuk menjadi bermakna. Bermakna kepadanya, dan kepadaNya.

Syakir Muntasir bersyukur. Dia tidak tahu bagaimana kalau dia terus menunggu Humaira’. Dua tahun bukan jangka masa yang pendek. Pasti pelbagai halangan, cabaran dan dugaan muncul. Namun memilih Anum, dua tahun itu tidak dilaluinya. Dia melalui saat-saat indah pada setiap masa.

Dia yang awal-awalnya serba salah, kini rasa tenang. Anum Sakeena, seindah namanya. Anum: Rahmat daripada Tuhan. Sakeena: Ketenangan.

Syakir berharap, ketenangan dan kebahagiaannya kekal.

Kekal…

Tiba-tiba terasa tangannya dipegang erat. Dia kembali ke alam realiti, dengan Anum di hadapannya.

“Awak, saya ada satu berita gembira sebenarnya malam ini.”

“Apa dia?” Bibirnya terhias dengan senyuman.

“Saya mengandung. Tiga minggu.”

Matanya membesar.

Kekal…

Itu mustahil bukan?



*******



Harinya tiba. Dan dia hampir sahaja tidak percaya semuanya berlaku dengan pantas.

Kini dia hanya berdiri, dan di hadapannya adalah sekujur mayat yang telah kaku. Minit-minit terakhir amat memeritkan hatinya. Kini air matanya menitik-nitik pada bayi lelaki yang sedang berada dalam gendongannya.

Semalam, Anum Sakeena selamat melahirkan anak. Namun akibatnya, kondiri kesihatannya merudum di tahap kritikal. Kerosakan pada organ dalamannya merebak dengan pantas akibat melahirkan anak. Satu perkara yang telah lama dipesan oleh doktor.

Beberapa bulan yang lepas, Doktor menasihatkan agar digugurkan kandungan untuk memanjangkan lagi nyawa Anum. Tetapi isterinya berkeras.

“Saya tetap akan mati juga!”

Dia sendiri, di dalam hati, inginkan Anum Sakeena hidup lebih lama. Dia bahagia dengan Anum. Dia rasa tenang dengan Anum. Tetapi melihat nekadnya isterinya, dan mengapa mereka berkahwin pada asalnya, membuatkan dia tidak pernah menyebut hajatnya itu. Dia menghormati cita-cita isterinya. Anum Sakeena terus mengandung hingga pada hari melahirkan anak mereka.

Sempat pula menduduki peperiksaan final pada tahun akhirnya, dalam keadaan sarat mengandung. Hari-hari sepanjang mengandung, dia tetap ceria, walaupun kandungan itu seakan bom jangka yang menandakan hari kematiannya.

“Awak tahu apa yang saya seronok?”

“Apa dia sayang?”

“At least, saya tahu bila saya mati. Boleh persiapkan diri habis-habisan.”

Anum menjawab dengan senyuman seakan-akan itu bukan satu musibah.

Ketika itu, Syakir Muntasir terpaksa meminta izin untuk ke tandas, dan menangis teresak-esak di dalam tandas keseorangan. Tersentuh.

“Kenapa awak tak pernah takut? Orang ramai takut mati.”

“Ah ah, takut buat apa? Pelik, kenapa mesti takut untuk balik kepada Yang Maha Mencintai kita?”

Tersentuh. Entah, hari-hari anak itu berada di dalam rahim Anum, terasa seperti saat kemuncak kehidupan seorang Syakir Muntasir. Matanya lebih terbuka. Dia lebih banyak belajar. Hatinya jadi lebih senang tersentuh. Dan pertama kali dia merasakan bahawa, dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Langsung tidak punya tenaga, seakan itulah pertama kali dia menyedari kekerdilan dirinya terhadap Rabbnya.

“Nama dia, Mujahid Muntasir. Pejuang yang mendapat bantuan. Sebagaimana Syakir Muntasir, orang yang bersyukur yang mendapat bantuan.” Dia bersuara menamakan anaknya itu semalam, di hadapan Anum yang teramat lemah.

“Awak dapat bantuan apa?” Anum Sakeena yang pucat lesi ketika itu bertanya sambil tersenyum, walaupun senyumannya ketika itu kelihatan tawar kerana kepenatan dan menanggung kesakitan teramat.

“Allah beri bantuan, untuk saya pertingkatkan kehidupan dan pemikiran saya, dengan awak, sayang.” Jawapannya. Seikhlas hati. Tetapi itu tidak menyelamatkan nyawanya.

“Terima kasih sebab terima saya. Terima kasih, kerana merealitikan impian saya. Sekarang saya rasa sudah tiba masanya.” Anum dengan air mata meleleh, pagi tadi. Meragut segala ketenangan yang wujud di dalam jiwa Syakir.

Doktor memanggilnya masuk pagi tadi, dengan menggendong anak mereka, dia duduk di sisi perempuan yang dicintainya. Nyata, doktor memberikannya peluang untuk mengucapkan selamat tinggal.

Dia tidak mampu berkata apa-apa. Air matanya lebih deras dari air mata Anum.

“Anak Ummi, jadi saham akhirat Ummi ya. Mujahid, jadi Mujahid ya. Membesar jadi anak yang soleh, da’ie yang baik, tewaskan jahiliyyah, dan bawa seramai mungkin manusia ke syurga Allah ya?” Tangan Anum yang terketar-ketar ketika itu, berusaha mengusap lembut bayi mereka.

“Saya cintakan awak Anum Sakeena.”

Anum ketika itu menggeleng. “Awak cintakan Allah, sebab itu awak cintakan saya. Lepas ini, kerana cintakan Allah itu, awak akan berkahwin dan mencintai pula perempuan yang lain. Sebagaimana kerana awak cintakan Allah, awak menerima dan mencintai saya. Awak, jaga diri ya?”

Akhirnya dengan lafaz syahadatain dan wajah penuh ketenangan seperti seorang pemenang, Anum menghela nafas terakhir sebentar tadi. Dan Syakir Muntasir kini sekadar berdiri di sisinya, bersama Mujahid Muntasir yang masih tidak mengetahui apa-apa.

Cinta inilah yang tertinggi.

Cinta kepada Allah, hingga merancang untuk beramal selepas kematian.

Cinta kepada Islam, sehingga merancang untuk terus menyumbang selepas kematian.

Cinta kepada orang sekeliling, hingga mendidik agar semuanya mampu terus bergerak selepas kematian.

Cinta yang sebenar, hingga mampu memutuskan segala gari dunia, yang mengikat pada tubuh hamba. Benar-benar seakan berdiri di atas jalan yang cerah, dan tidak berselirat dengan perangkap ke neraka.

Pada umurnya baru 23 tahun, Syakir Muntasir seakan-akan telah mendapat sesuatu yang besar. Dirinya seakan-akan seorang yang baru.

Teringat dia pada saat dia membuat keputusan ini. Keputusan yang mengorbankan rasa hati, untuk memenuhi rasa Ilahi. Dia melihat apa yang dia perolehi hari ini.

“Ya Allah, aku rasa bersyukur membuat lompatan itu dan mempercayaimu.”

Air mata Syakir Muntasir tidak berhenti.

Dan akhirnya Mujahid Muntasir terjaga, dan menangis.



******



30 tahun. 7 tahun telah berlalu.

“Tua dah kita ni ya?” Suara Farid menariknya kembali.

Syakir mengangkat sebelah kening.

“Belum cukup tua untuk berhenti bekerja sebagai hambaNya.”

“Tua yang itu, hanya di kala mati sahaja.” Farid tertawa.

“Dan ada orang, merancang bagaimana di kala ‘tua’nya, masih mampu menyumbang.” Syakir menghela nafas.

Dia dapat melihat Farid mengangguk perlahan. “Aku banyak belajar daripada dia. Nyata, dua tahun bersamanya adalah untuk menjadikan aku, aku yang hari ini.”

“Kita sama-sama belajar daripada dia. Semoga Allah rahmati dia di akhirat sana.” Farid bersuara, sambil terus memandang horizon.

Bunyi ombak menghempas pantai mengisi ruang senyap antara mereka.

“Abah, abah!” Satu suara memanggil.

Dia dan Farid sama-sama menoleh. Seorang anak lelaki berumur 5 tahun, comel, berlari-lari mendapatkan Syakir. Terus merebahkan diri dalam pelukan Syakir.

“Anak saudara pakcik nak apa dengan Abah dia ni?” Farid menggeletek. Anak itu tertawa.

“Mukmin cari Abang Mujahid sebenarnya. Kenapa tak nampak dia?” Dia bersuara comel.

“Ah, Abang Mujahid ada di sana.” Syakir menunjuk ke arah batu karang besar yang terdapat pada hujung tunjukannya.

Kelihatan seorang anak lelaki, berumur 7 tahun, bersila dengan tenang sambil menghadap laut, dengan Al-Quran di tangannya. Mujahid Muntasir, itulah namanya.

“Mukmin perlahan-lahan ya pergi pada Abang Mujahid.” Syakir mengucup ubun-ubun Mukmin. Mukmin Muntasir nama penuhnya.

“Em.” Mukmin terus berlari-lari anak ke arah Mujahid.

Farid dan Syakir sama-sama memandang ke arah anak itu berlari.

“Mujahid sedang ulang hafalankah?”

“Mungkin. Bayangkan, pada umur 3 tahun sudah fasih membaca Al-Quran, saat anak-anak lain pelat untuk berbahasa melayu. Umur 5 tahun sudah menghafal 5 juzu’ Al-Quran, dan sekarang dia sudah hampir menghafal 30 juzu’.”

“Aku tahu. Dia juga nampak amat matang. 7 tahun, tapi macam remaja belasan tahun.”

“Genetik ibu dia agaknya.” Syakir tersengih. Teringat Anum Sakeena.

“Naa, tarbiyah sebenarnya. Kau pun cerita, macam mana Anum masa mengandung. Penuh penjagaan, penuh pengisian. Makanan dijaga, ibadah dipertingkat. Itu semua memberikan kesan.” Farid sekadar tersenyum.

“InsyaAllah, Mujahid ini pasti akan membesar menjadi seorang yang hebat nanti.”

“Macam Abah dia.” Farid menyiku Syakir. Syakir sekadar tertawa. Siapa tidak kenal Dr Syakir Muntasir hari ini di Malaysia? Antara orang terkenal yang memberikan motivasi kehidupan kepada masyarakat melalui pelbagai medium. Radio, televisyen, internet. Juga mempunyai Syarikat Consultancy Sakeena, yang giat memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar sekolah dan universiti, juga keluarga-keluarga.

“Abang-abang sekalian, makanannya dah siap!” Satu suara lembut melaung.

Syakir dan Farid sama-sama menoleh ke arah suara itu.

Kelihatan Amalina, isteri Farid melambai. Di sisinya terdapat seorang anak lelaki. Anak itu bernama Hasyim Mursyidi. Berumur 4 tahun. Anak itu berdiri antara ibunya, Amalina, dan seorang lagi perempuan.

“Bidadari dah panggil, jom!” Bahu Syakir ditepuk. Mereka bingkas bangun.

Syakir dan Farid berjalan mendapatkan tiga manusia itu. Farid terus berpimpinan tangan dengan Amalina dan Hasyim. Manakala Syakir terus memaut pinggang perempuan yang lagi satu, sambil tersenyum senang.

“Mana Mujahid dengan Mukmin?”

“Itu. Kita kena pergi ambil mereka dulu. Jom?” Syakir menunjuk.

“Jom.”

“Gelaran Aisyah RH adalah Humaira’. Dan dia pernah lumba lari dengan Rasulullah SAW. Dare to race with me o Humaira’ Arisha?”

Terus Humaira’ Arisha berlari.

“Game on Syakir Muntasir!” Humaira’ melambai tangan.

“Tak aci!” Syakir menjelir lidah, dan terus berlari mendapatkan Humaira’.

Nyata, selepas apa yang berlaku kepada Anum Sakeena, Humaira’ menunggunya. Bahkan tersentuh dengan Anum Sakeena, Humaira’ berhajat mencontohi perempuan itu. Yang telah berjaya melepasi sempadan cinta biasa.

Menjadikan cintanya cinta yang tertinggi dari segala manusia.

Syakir Muntasir tersenyum sendiri.

“Aku bersyukur dengan lompatan yang mengubah hidupku itu Ya Rabb.”

Lepaskan segala-gala, percayakan Dia!

© Langitilahi.com