QADA' & QADAR: ketetapan Allah yang telah ditentukan
sejak dari azali lagi berdasarkan ilmuNya yang Maha Tinggi, disusuli
dengan kejadian seperti mana yang telah ditetapkan.
contoh :
Sebelum kejadian alam semesta, Allah menetapkan gas atau asap akan memenuhi angkasa raya diikuti dengan kejadian bintang-bintang dan planet-planet dan itulah sebenarnya yang telah berlaku tanpa dapat dihalangi. Allah menetapkan satu bahagian oksigen perlu bercantum dengan dua bahagian hidrogen untuk menjadi air dan hakikat ini tidak dapat diubah sampai ke bila-bila.
- Allah menetapkan kaum wanita dan bukannya kaum lelaki yang mengandung dan melahirkan anak dan hakikat ini juga tidak boleh diubah.
Allah menetapkan mata sebagai alat untuk melihat dan telinga untuk mendengar dan fungsi ini akan berterusan sampai ke bila-bila.
- Allah menetapkan setiap yang hidup pasti merasai mati dan tidak ada seorang pakar perubatan pun yang mampu mengubah kenyataan ini.
Semua ini
dan yang lain-lainnya tidak dapat diubah sebab ia adalah ketetapan
Allah sejak dari azali lagi berdasarkan kebijaksanaanNya yang tanpa
batas dan ia telah menjadi hukum alam yang dikenali sebagai hukum sebab
musabab dan sebab akibat.
Justeru, hukum alam yang berkait rapat dengan
kehidupan manusia ini adalah sebahagian daripada ketetapan qada dan
qadar.
Isu yang hangat diperkatakan tentang qada dan qadar ialah, adakah
tindak tanduk manusia juga telah ditentukan oleh Allah sejak dari azali
lagi?
Syed Sabiq di dalam kitabnya Al-Aqaid Al-Islamiyah berkata: “Imam Al-Khathabi telah berkata: ‘Ramai orang mengira qada dan qadar adalah pemaksaan Allah ke atas hambaNya dan manusia hanya mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah.
Syed Sabiq di dalam kitabnya Al-Aqaid Al-Islamiyah berkata: “Imam Al-Khathabi telah berkata: ‘Ramai orang mengira qada dan qadar adalah pemaksaan Allah ke atas hambaNya dan manusia hanya mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah.
Sebenarnya pandangan yang seperti ini
adalah salah kerana takdir adalah ketetapan Allah berdasarkan ilmu Allah
yang Maha Mengetahui tentang kejadian yang akan berlaku berhubung semua
perkara..’
Pengetahuan Allah tentang sesuatu perkara tidak akan
mempengaruhi kehendak hamba itu.”
Di zaman Omar Al-Khattab ra, seorang lelaki telah ditangkap kerana
mencuri dan beliau telah dibawa menghadap khalifah Omar. Lelaki itu
telah disoal: “Mengapa kamu mencuri?” Lelaki itu menjawab: “Kerana Allah
telah mentakdirkan ini ke atas diri saya.” Khalifah Omar ra amat marah
dengan lelaki ini lantas beliau terus berkata: “Pukul lelaki ini dengan
tiga puluh sebatan selepas itu potong tangannya.” Lelaki ini terkejut
dengan hukuman itu dan terus bertanya: “Mengapa hukumannya begitu
berat?” Berkata Omar Al-Khattab ra: “Kamu akan dipotong tangan kerana
mencuri dan disebat kerana berdusta atas nama Allah.”
Maksudnya, manusia
diizinkan Allah utk membuat pilihan dan hal ini adalah sebahagian
daripada ketetapan qada dan qadar.
Hukum sebab musabab atau sebab akibat adalah takdir.
Manusia dapat
menolak takdir dengan takdir yang lain kerana kesemua itu telah dicipta
dan ditetapkan oleh Allah bagi manusia.
Justeru, takdir lapar dapat
dihilangkan dengan takdir makan,
takdir dahaga dapat dihilangkan dengan
minum dan
takdir mengantuk dapat dihilangkan dengan tidur.
Mengikut
sebuah riwayat yang sahih, khalifah Omar Al-Khattab ra enggan memasuki
kampung tertentu di Syam kerana ketika itu ia sedang dilanda wabak taun.
Sahabat Abu Ubaidah ibn Jarrah ra bertanya kepada
Omar ra: “Mengapa kamu lari dari takdir Tuhan?’ Omar ra menjawab: “Aku lari dari takdir Allah kepada takdir yang lain.” (Tarikh At-Tabari)
Omar ra: “Mengapa kamu lari dari takdir Tuhan?’ Omar ra menjawab: “Aku lari dari takdir Allah kepada takdir yang lain.” (Tarikh At-Tabari)
Kesemua ini menunjukkan, Allah tidak pernah mengikat dan menzalimi
manusia malah sebaliknya manusia telah diberi kebebasan untuk menentukan
jalan hidupnya sendiri. Walau bagaimanapun, segala keputusan manusia
tidak boleh keluar dari ruang kemanusiaan yang telah Allah tetapkan dan
Allah sejak dari awal lagi telah mengetahui segala keputusan yang akan
diambil oleh manusia.
- Takdir mempunyai beberapa bahagian, pertama ialah takdir di dalam ilmu Allah yang azali. Ia bermaksud Allah telah mengetahui segala-galanya sebelum ia benar-benar berlaku. Takdir di dalam bentuk ini tidak boleh dan tidak mungkin berubah secara mutlak. Jika ia berubah ia mencacat kesempurnaan Allah dan hal ini adalah mustahil di sisi Allah.
Berhubung dengan ini Allah berfirman: “Keputusan di sisiKu tidak
akan berubah dan Aku sekali-kali tidak menzalimi
hamba-hambaKu.” (Surah Qaaf ayat 29)
hamba-hambaKu.” (Surah Qaaf ayat 29)
Takdir ini dikenali sebagai qada mubram atau ‘takdir yang pasti’ dan
mengingkarinya akan menyebabkan seseorang menjadi kafir mengikut ijmak
ulama.
2. Takdir yang kedua ialah takdir yang tertulis di Lauh Mahfuz dan ia
dikenali juga sebagai takdir mu’allaq. Mengikut K.H. Sirajuddin Abbas di
dalam buku 40 Masalah Agama, takdir ini boleh berubah dari masa ke
semasa, sebagai contoh, jika seseorang telah ditakdirkan hidup hingga ke
usia 60 tahun, dan beliau sering menghubungkan tali persaudaraan dengan
manusia, Allah mungkin menambah umurnya melebihi 60 tahun. Atau jika
seseorang telah ditulis akan memasuki neraka kemudian di hujung hidupnya
beliau bertaubat dan melakukan amal salih
dengan penuh keikhlasan, berkemungkinan beliau akhirnya akan dimasukkan
ke dalam syurga. Berhubung dengan ini Allah berfirman: “Allah
menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan apa yang Dia
kehendaki dan di sisi-Nya terdapat Ummul Kitab.” (Surah Ar-Ra’d ayat 39)
Imam Baijuri di dalam kitab Tuhfatul Murid Syarh Jauharatut Tauhid
berkata: “Lauh Mahfuz, mengikut pendapat yang hak, menerima penghapusan
dan penetapan.”
Di antara perkara yang boleh mengubah ketetapan di Lauh Mahfuz ialah
doa dan amalan yang baik, berdasarkan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
“Tiada yang boleh menolak takdir selain doa dan tiada yang boleh
memanjangkan umur kecuali perbuatan yang baik.” (Tirmizi)
Justeru, Omar Al-Khattab ra pada suatu ketika, telah melafazkan
doa-doa ini ketika bertawaf: “Ya Allah, jika Engkau telah mentakdirkan
aku tergolong di dalam golongan orang-orang yang bahagia, tetaplah aku
di dalam keadaan aku.
Sebaliknya jika Engkau telah tetapkan aku di dalam golongan
orang-orang yang celaka dan berdosa, hapuskanlah takdir itu dan
masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang mendapat kebahagiaan
dan keampunan.”
Dipetik dari :
untuk mereka yang selalu menyerah kepada takdir..renung2kan dan selamat beramal..Allah tidak pernah menzalimi diri hambaNya..mlainkan hambaNya yg mzalimi dri sendiri..
p/s : subhanAllah..hmm..banyak sungguh yg sy blajar since bkecimpung dgn biznes ni..mhargai kehidupn..bsyukur dgn nikmatNya..bsyukur di sini bkn sahaja mnerima rahmat dgn gembira tp mlakukan pnambah baikan dan tidak cepat bpuas hati..kerana 5 perkara sebelum 5 perkara..kita xtahu kan bila masa kita akan diujiNya..sediakn payung sebelum hujan..
xsalah disamping kita berada di PLAN A ( ACTIVE INCOME), dlm masa yg sama lakukan PLAN B (PASSIVE INCOME)..kerana Allah tidak pernah mletakkan batas pd dri kita..kita sendiri yg mnahan diri dr mnikmati kjayaan..
so renungkanla..xsalahkan nak tahu biznes yg sy lakukan..xwajib utk biznes.hanya mndengar peluang.tp dgn syarat xbleh tanye tru phone/msg/fb/call..buat appointment dgn sy..sbb bila kita terangkan xbleh sket2..mnimba ilmu xbleh sket2,nanti sesat ajaran..btul x..so gv a chance 2 urself..